Thursday, 22 March 2012

Logo PIBG & Pengertian


                 KETERANGAN LOGO/LAMBANG DAN PENGERTIAN


(1)     Rekabentuk Logo/ Lambang



1.1         Mempunyai bentuk kubah yang memayungi perkataan ‘iqra’

1.2         Mempunyai al-Quran yang berada dalam sebutir permata

1.3         Mempunyai Huruf ‘M’ dan merangkumi dalam badan ‘M’ alat

   geometri, struktur atom dan struktur gear

1.4         Mempunyai riben di bahagian bawah

1.5         Mempunyai warna kuning pada kubah dan latar belakang struktur gear.

1.6         Mempunyai warna hijau pada pada reben dan permata.

1.7         Mempunyai warna merah pada latar belakang struktur atom dan alat geometri.

1.8         Mempunyai warna putih pada perkataan PIBG Maahad Tahfiz Sains.



(2)    Keterangan Logo/Lambang



2.1          Al-quran : Menjadi penyuluh kehidupan dan  cahaya kebenaran serta melambangkan gedung ilmu yang akan dihayati.

2.2         Alat geometri : Melambangkan ilmu matematik menjadi salah satu teras pengajian yang akan diperkukuhkan

2.3         Struktur atom : Melambangkan ilmu sains menjadi salah satu asas penubuhan dan bakal dikuasai oleh anak-anak ahli persatuan

2.4         Struktur gear : Melambangkan kemajuan dan teknologi terkini tidak diabaikan.

2.5         Perkataan iqra’ : Bermulanya kejayaan ahli persatuan di dunia dan di akhirat adalah berteraskan pembacaan dan penghayatan al-quran.

2.6         Hijau  : Kesucian agama islam yang menjadi tunggak dalam mencapai cita-cita.

2.7         Kuning : Kecemerlangan dan keceriaan anak-anak ahli persatuan dalam mengharungi semua bidang ilmu

2.8         Merah : Keberanian yang teguh dan penuh semangat membara ke arah kecemerlangan.

2.9         Putih : Matlamat penubuhan Persatuan Ibu Bapa dan Guru yang suci dan ikhlas bagi membentuk insan yang luhur dan bersih dari segi rohani dan jasmani.


No comments:

Post a Comment