Thursday, 22 March 2012

Senarai Ahli JawatanKuasa PIBG 2009/2011

SENARAI  AHLI JAWATANKUASA PIBG SESI 2009/2011




PENASIHAT
Ybrs Ustaz Kamarjan b Ab Rahman

YANG DIPERTUA 
YB Mohd Hatta b Md Ramli

TIMB. YANG DIPERTUA
YB Wan Yusof b Wan Mustafa

SETIAUSAHA  
En. Mohd Rasyidi b Ab Rahman

BENDAHARI
Pn. Masipah bt Mat Soh

AHLI JAWATANKUASA

En Mohd Nawawi b Che Daud
En Ahmad Kamel b Mat
En. Razalai b Embong
En. Abd Halim b Wan Ismail
En. Salleh b Mohd Yusoff
Pn Nor Asiah bt Mamat
En. Rosdi b Zakaria
En Mohd Anuar b Salleh
En. Mubarak b Abdu Aziz
En. Jazlan b Omar
Pn. Nazrah b Mohd Salleh
En. Raja Norhisyam b Raja Norabidin Shah

Logo PIBG & Pengertian


                 KETERANGAN LOGO/LAMBANG DAN PENGERTIAN


(1)     Rekabentuk Logo/ Lambang



1.1         Mempunyai bentuk kubah yang memayungi perkataan ‘iqra’

1.2         Mempunyai al-Quran yang berada dalam sebutir permata

1.3         Mempunyai Huruf ‘M’ dan merangkumi dalam badan ‘M’ alat

   geometri, struktur atom dan struktur gear

1.4         Mempunyai riben di bahagian bawah

1.5         Mempunyai warna kuning pada kubah dan latar belakang struktur gear.

1.6         Mempunyai warna hijau pada pada reben dan permata.

1.7         Mempunyai warna merah pada latar belakang struktur atom dan alat geometri.

1.8         Mempunyai warna putih pada perkataan PIBG Maahad Tahfiz Sains.



(2)    Keterangan Logo/Lambang



2.1          Al-quran : Menjadi penyuluh kehidupan dan  cahaya kebenaran serta melambangkan gedung ilmu yang akan dihayati.

2.2         Alat geometri : Melambangkan ilmu matematik menjadi salah satu teras pengajian yang akan diperkukuhkan

2.3         Struktur atom : Melambangkan ilmu sains menjadi salah satu asas penubuhan dan bakal dikuasai oleh anak-anak ahli persatuan

2.4         Struktur gear : Melambangkan kemajuan dan teknologi terkini tidak diabaikan.

2.5         Perkataan iqra’ : Bermulanya kejayaan ahli persatuan di dunia dan di akhirat adalah berteraskan pembacaan dan penghayatan al-quran.

2.6         Hijau  : Kesucian agama islam yang menjadi tunggak dalam mencapai cita-cita.

2.7         Kuning : Kecemerlangan dan keceriaan anak-anak ahli persatuan dalam mengharungi semua bidang ilmu

2.8         Merah : Keberanian yang teguh dan penuh semangat membara ke arah kecemerlangan.

2.9         Putih : Matlamat penubuhan Persatuan Ibu Bapa dan Guru yang suci dan ikhlas bagi membentuk insan yang luhur dan bersih dari segi rohani dan jasmani.


Tuesday, 20 March 2012

USUL UNTUK DIBAHAS DALAM MESYUARAT AGUNG

Sebarang usul yang ingin dibahas dalam mesyuarat agung sila email ke mtstmpibg@gmail.com

Sila sertakan nama penuh tuan/puan beserta nama anak dan tingkatan.

Kami amat mengalu-alukan penyertaan usul dari tuan/puan.

Sekian, terima kasih.

Sunday, 18 March 2012

Sumbangan Ikhlas PIBG

Dua buah kenderaan untuk manfaat pihak sekolah dan para pelajar MTSTM. Hasil sumbangan ibu bapa dan masyarakat yang prihatin.

                                         Sebuah jentera mesin rumput bersifat herbivor.

                                         URVAN : sebuah kisah jentera pengangkut

ATURCARA program Mesyuarat Agung PIBG kali ke 8

Berikut adalah aturcara program...

8.00     pagi         Pendaftaran
9.00     pagi         Penyampaian Anugerah Pelajar Cemerlang 2011

10.00   pagi         Perasmian Mesyuarat Agung PIBG kali ke 8

11.00   pagi         Mesyuarat Agung PIBG bermula

1.00     tghr         Mesyuarat dijangka tamat


MESYUARAT AGUNG KALI KE-8


Sukacita dimaklumkan bahawa Persatuan Ibu Bapa dan Guru, Maahad Tahfiz Sains, Tanah Merah akan mengadakan Mesyuarat Agung kali ke-8 sebagaimana berikut:
                       
Tarikh            : 31 Mac 2012  bersamaan 08 Jamadil Awal 1433
Hari                : Sabtu
Masa              : 8.00  pagi
Tempat          : Dewan Hassan Al-Banna, Maahad Tahfiz Sains, Tanah Merah. 

Sehubungan dengan itu, Dato’/Datin/Tuan/Puan dijemput hadir untuk menjayakan mesyuarat tersebut di samping dapat memberikan idea-idea yang bernas bagi meningkatkan lagi pencapaian pelajar dalam bidang kurikulum dan kokurikulum.


Sila klik pada link surat panggilan di bawah :
http://www.mediafire.com/?ho9miubicvub


dan tekan download untuk cetak.


Ahlan Wa Sahlan

Selamat melayari blog PIBG Maahad Tahfiz Sains, Tanah Merah. Semoga setiap paparan memberi maklumat yang berguna kepada para pengunjung.